GOLD Analisa Fundamental Harian 31 Dec 2014

38

Gold bars are displayed at a gold jewellery shop in the northern Indian city of ChandigarhEmas yang didagangkan sekitar $1,182.35 pada sesi dagangan pagi London, terus melonjak hampir $20 mencapai paras setinggi $1,202.38 dalam masa sejam apabila pasaran New York dibuka.  Para pelabur, pengurus dana, dan pedagang rata-rata memberi tumpuan kepada krisis politik di Greece lantaran kegagalan Parti Demokrasi Baharu mendapat 180 kerusi parlimen untuk terus kekal memerintah.

Parlimen yang terpaksa dibubarkan, bakal menyaksikan pilihanraya presiden yang baru pada tanggal 25hb Januari depan.  Greece yang berdepan dengan krisis ekonomi sebelum ini, mendapat bantuan dari “troika” (EU, ECB, IMF) sebanyak 260 bilion euro untuk pemulihan ekonominya.

Walau bagaimanapun langkah berjimat-cermat yang terpaksa dilakukan kerajaan sudah tentu tidak disukai rakyat dan pembangkang dari Parti Syriza mahu membatalkan perjanjian dengan “troika” sekaligus tidak membayar balik pinjaman tersebut.  Ini sudah tentu merupakan satu kejutan besar untuk pasaran Eropah dan bakal menjadikan negara yang mendapat bantuan “troika” seperti Ireland untuk mengikut jejak langkah Greece.

Pada masa yang sama, pasaran emas fizikal terus mendapat permintaan apabila China dilaporkan mengimport 149,257 kilogram emas dari Hong Kong November lalu, menokok 34% dari bulan sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat