GOLD Analisa Fundamental Harian 6 Feb 2015

61

moshedfx-forex-malaysia-gold-010

Emas didagangkan sideway setelah kelemahan US Dollar, Canada dan krisis Euro yang bercampur baur.

Dana dagangan bursa emas bersandarkan terbesar di dunia, SPDR Gold Trust, berkata pegangan susut kepada 24.59 juta ounces pada hari Selasa dari 24.65 juta ounces sehari sebelum, yang merupakan tahap tertinggi sejak Oktober.

Bank of Montreal telah melancarkan satu cara baru untuk pelabur untuk membeli emas fizikal dengan menawarkan keselamatan yang lebih tinggi daripada simpanan swasta dan bekerjasama dengan industri dana dagangan bursa bernilai $60 bilion.

Pelancaran itu dilihat datang pada masa yang kritikal untuk diniagakan, kerana pelabur dalam beberapa minggu kebelakangan ini membuat kemunculan kembali ke pasaran selepas penghijrahan yang lama kepada pelaburan yang lebih selamat. Ini disebabkan jatuhnya harga minyak dan ketidakstabilan rantau Euro.

Yang pertama seumpamanya di Amerika Syarikat, program baru penerimaan deposit emas bank Canada (GOLDR) membolehkan pelabur untuk membeli dan menjual saham yang disokong oleh emas fizikal dan disimpan di Canada yang juga dikenali sebagai tempat pelaburan selamat untuk emas.

Pedagang emas dilihat tunggu dan menanti data pekerjaan dari Amerika dan Canada pada malam ini, sebelum bertindak aktif berdagang logam kuning ini.

Berminat belajar forex, cara paling mudah ? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat