GOLD Analisa Fundamental Harian 9 Apr 2015

35

moshedfx-forex-malaysia-gold-005

Harga emas terus menyusut lebih $14/oz Rabu semalam, dari paras tertinggi sekitar $1,212.40 sebelum menutup pada sekitar $1,202.25; sekaligus meletakkan harga emas untuk berada di bawah pivot hari ini, sekitar $1,204.05 ketika artikel ini ditulis.  Emas juga dilihat sedang berdepan dengan sokongan di pivot mingguan sekitar $1,196.50 dan juga ‘uptrendline’ di carta 4 jam.

Di pasaran Amerika Syarikat, minit mesyuarat FOMC yang disiarkan semalam, menunjukkan pendirian yang berbelah bagi dikalangan ahli majlis mesyuarat FOMC Federal Reserve tentang masa yang sesuai untuk menaikkan “interest rate” yang telah berada di paras terendah dalam sejarah sejak 2008 lagi.  Beberapa ahli majlis mahu menaikkannya pada Jun ini.

Namun pada masa yang sama, ada juga ahli majlis yang risau dengan inflasi yang masih rendah dan berpendapat kenaikan “interest rate” lebih sesuai pada hujung tahun ini. Lebih memeranjatkan, terdapat juga ahli majlis yang berpendapat, bahawa ekonomi AS belum cukup kukuh untuk kenaikan sehingga 2016.  Sokongan teknikal untuk belian dilihat pada $1,196.50

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat