GOLD Analisa Fundamental Harian 9 Oct 2015

35

moshedfx-forex-malaysia-gold-003

Harga emas turun naik bercampur-campur Khamis semalam, dari paras tertinggi harian sekitar $1,151.35/oz ke serendah $1,136.65/oz sebelum menutup sekitar paras $1,138.95/oz, lebih rendah dari pembukaan $1,145.65/oz; setelah emas menerima tekanan daripada jangkaan bahawa Federal Reserve AS bersedia untuk menaikkan kadar Amerika Syarikat tahun ini, sekaligus berpotensi meningkatkan kos memegang emas yang disebut harga dalam dolar AS.

Emas boleh bertahan di atas $1,150/oz pada awal suku ini, sebelum menguji tahap sokongan pada $1,080/oz dimana prospek untuk kenaikan kadar pada Disember, menurut Howie Lee, seorang penganalisis di Phillip Futures. Sokongan seterusnya itu akan datang pada $1,089/oz. “Rintangan bergerak purata kini datang berhampiran $1,130/oz” tambah beliau lagi.

[adrotate group=”6″]

Dolar telah menghadapi tekanan jualan sejak Jumaat lalu, apabila laporan NFP AS menyatakan hanya 142 ribu pekerjaan ditambah dalam ekonomi AS berbanding jangkaan 201 ribu.  Laporan pekerjaan sektor bukan perladangan yang mengecewakan ini, memudarkan harapan untuk kenaikan kadar AS pada tahun ini.  Malah di pasaran hadapan, para pedagang kadar AS telah meletakkan 42% peluang untuk kenaikan pada March 2016.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat