GOLD Pacak Lebih Tinggi Pada Awal Minggu!

1,164

Emas meneruskan prestasi cemerlangnya dengan mencapai paras ketinggian terbaharu satu bulan pada sesi Asia, masih mendapat manfaat dari kebimbangan pelabur terhadap inflasi global yang tinggi.

Ketika penulisan, spot emas didagangkan meningkat pada sekitar harga $1,985 per auns, manakala niaga hadapan emas pula stabil pada $1,987 per auns.

Peningkatan ini menyusuli kenaikan mingguan kedua berturut-turut untuk emas, di tengah -tengah kebanyakan institusi kewangan ditutup pada Jumaat dan Isnin sempena cuti Good Friday dan Easter Day.

Pengukuhan hasil bon AS 10 tahun gagal menghentikan logam berharga itu untuk turut menguat berikutan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap tekanan inflasi secara meluas.

Ketegangan semakin meningkat selepas Rusia mengancam untuk menggunakan senjata nuklear dan peluru berpandu hipersonik jika Sweden Finland menyertai NATO, menurut pengerusi Majlis Keselamatan Rusia.

Kedua-dua faktor ini terus menjadi pemangkin sokongan kepada logam safe-haven emas untuk kekal menguat.

Di sisi lain, China dijangka melaporkan kemerosotan yang mendadak dalam aktiviti ekonomi pada bulan Mac berikutan penutupan Covid-19, walaupun pertumbuhan suku pertama diramalkan positif disebabkan permulaan yang kukuh pada awal tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat