Goldman Sachs Mahu Perkenalkan Semula Perdagangan Kripto

721

Satu sumber mendedahkan Goldman Sachs akan menawarkan semula perdagangan matawang kripto selepas menamatkannya ketika keruntuhan harga Bitcoin (BTC) yang mendadak pada 2018.

Usaha itu dijangka bermula pada minggu hadapan dengan niaga hadapan bitcoin untuk klien disusuli dengan perdagangan non-deliverable forwards (NFD) – yang mana membolehkan pelabur membuat spekulasi mengenai harga niaga hadapan aset.

Tidak cukup dengan itu, bank terkemuka itu juga dalam pertimbangan untuk menubuhkan Bitcoin Exchange-Traded Fund (ETF) sebaik sahaja operasi awal berjaya dilaksanakan sepenuhnya.

Sebelum ini, Goldman ada mewujudkan kaunter matawang kripto pada permulaan harga Bitcoin dan bertahan selama hampir dua tahun.

Bagaimanapun, pada 2018 ketika harga aset itu jatuh 70%, firma itu dilihat mula membubarkan rancangan tersebut sebelum berakhir tahun yang sama.

Sebenarnya, pengumuman oleh Goldman Sachs agak mendadak memandangkan kenyataan terbaru daripada mereka menyifatkan matawang kripto termasuk Bitcoin bukan dikategorikan sebagai kelas aset.

Ketika penulisan, pasaran kripto bergerak positif dengan kebanyakannya mencatatkan peningkatan harga yang stabil. Bitcoin mencatatkan harga $49,304, meningkat 5.9% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat