Gong Xi Fa Cai! Tahun Baru Lunar Tahun McDonald’s Sertai Metaverse!

153

“Kalau yang duduk jauh tu boleh la sambut dalam metaverse sambil makan McD.”

Karen X Cheng, content creator terkenal yang memfokuskan artificial intelligence (AI) dan augmented reality (AR) berjaya menarik minat McDonald’s untuk bekerjasama dengan beliau sempena kempen Tahun Baru Lunar.

Menerusi perjanjian, kedua-dua pihak tersebut berhasrat melancarkan komersial 30 saat yang menampakkan kenangan zaman kanak-kanak Cheng termasuk kod QR yang membawa para penonton saksikan butiran mengenai kempen itu.

Menurut Elizabeth Campbell, pengarah kanan strategi cultural engagement berhasrat mengembangkan perkhidmatannya melalui kemajuan teknologi kini di samping memperbanyakkan lagi pelanggan baharu daripada Asia Amerika dan Kepulauan Pasifik.

Demi Tahun Baru Lunar, McDonald’s didapati wujudkan pelbagai pengalaman unik dalam metaverse, antaranya membenarkan para pengguna sertai zoo atau permainan Cina seperti Weiqi dan Mahjong melalui AR serta animasi 3D.

Dalam pada itu, McDonald’s turut mencipta avatar 3D yang membolehkan pengguna meneroka dunia metaverse dan menghantar mesej termasuk berkongsi foto kepada rakan menggunakan messenger in-app.

Suka dimaklumkan bahawa individu hanya perlu membuka laman web rasmi McDonald’s jika berhasrat memasuki metaverse.

Secara keseluruhannya, McDonald’s dan Karen X Cheng berharap kerjasama ini dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk berhubung dan wujudkan kenangan indah dengan rakan dan keluarga ketika musim cuti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat