“Pelabur jangan percaya 100% tau sebab tak pasti sama ada jangkannya betul atau tidak.”
Google Bard, chatbox artificial intelligence (AI) yang menghubungkan kaedah pengiraan lanjutan dengan kecekapan perbualan untuk memberikan jawapan diingini telah meramalkan masa depan Tether (USDT) dan Tradecurve (TCRV).
Selain mendedahkan USDT ialah stablecoin paling popular di dunia yang bersandar pada dolar Amerika Syarikat (AS), Google Bard meramalkan dan juga dipercayai oleh penganalisis bahawa USDT mampu cecah $1.25 pada tahun 2023 manakala kebanyakannya pula berpendapat ia akan terjun sehingga $0.85.
Antara faktor utama dinyatakan oleh Google Bard semasa menganggarkan masa depan USDT ialah prestasi keseluruhan pasaran mata wang kripto, penggunaan stablecoin itu oleh perniagaan dan institusi serta ketelusan rizab USDT.
Rentetan itu, USDT boleh menurun jika keyakinan terhadap stablecoin itu semakin berkurangan sementara pasaran kripto mengalami kejatuhan secara besar-besar tetapi Google Bard meramalkan harganya juga berupaya capai $1.085 ataupun $1.
Bukan itu sahaja, Google Bard juga beri pendapatnya berkenaan masa depan TCRV, di mana penganalisis sungguh yakin harganya boleh melihat pertumbuhan ketara pada tahun ini susulan permintaan untuk penyelesaian dan alternatif decentralized akan semakin meningkat.
Susulan prestasi keseluruhan pasaran kripto, penggunaan TCRV oleh perniagaan dan pelabur termasuk ketelusan proof-of-reserves (PoR) memainkan peranan utama dalam perkembangan, di mana Google Bard menjangkakan harganya boleh melepasi $1.50.
Suka dimaklumkan bahawa faktor kukuh dikelilingi TCRV ialah leverage yang tinggi bermula pada 500:1, perlindungan baki, perkhidmatan akaun VIP dan perdagangan algoritma bersama AI.
Umum mengetahui TCRV tidak memerlukan pengguna menyerahkan butiran peribadi untuk proses Know Your Customer (KYC) ekoran mereka boleh mendepositkan kripto dan menggunakannya sebagai cagaran semasa berdagang.