Google ‘Give Up’ Dengan Stadia

284

Google dilaporkan menutup studio Stadia Games and Entertainment (SG&E) yang dikhususkan untuk membangunkan permainan eksklusif syarikat berkenaan.

Langkah itu memberi isyarat bahawa Google tidak akan bersaing dengan dua jenama terbesar dalam arena permainan video iaitu XBox dan Playstation.

“Memandangkan fokus kami untuk membangunkan teknologi Stadia serta mengukuhkan kerjasama perniagaan, kami memutuskan tidak akan membuat pelaburan dalam membawa kandungan eksklusif daripada SG&E,” menurut Naib Presiden dan Pengurus Besar Stadia, Phil Harrison dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Tambah Harrison, Stadia sebaliknya akan memperluaskan usahanya untuk membantu pembangun dan penerbit permainan video untuk menggunakan platform teknologi Google dan menawarkan permainan tersebut terus kepada pengguna.

Stadia akan terus menawarkan permainan video daripada pembangun lain.

Stadia yang dilancarkan pada November 2019, merupakan usaha daripada Google untuk memasuki arena permainan video dan bersaing dengan Playstation, XBox mahu pun Nintendo.

Tidak seperti konsol permainan tradisional, Stadia membolehkan pengguna bermain permainan video pada peranti seperti telefon Android atau aplikasi Chromecast di televisyen, menerusi data server Google.

Menurut laporan media, kira-kira 150 orang akan kehilangan pekerjaan susulan pengumuman berkenaan termasuk menutup pejabat SG&E di Montreal dan Los Angeles.

Bagaimanapun, Google memberi jaminan kesemua pekerja tersebut akan ditempatkan di jabatan lain.

“Kami komited untuk bekerja dengan pasukan yang berbakat ini dengan memberikan peranan baharu dan menyokong mereka,” ujar Harrison.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat