Google Kantoi ‘Pasang Spy’ Pada Pengguna Tapi Didenda $400 Juta Saja?

166

‘Macam sikit je nilai denda tu.’

Google milik Alphabet Inc mengaku bersalah atas pertuduhan amalan penjejaknya tanpa pengetahuan pengguna dan bersetuju untuk membayar denda $391.5 juta.

Menurut penyiasatan yang diketuai peguam Oregon dan Nebraska, mewakili 40 negeri lain di Amerika Syarikat (AS), gergasi enjin carian tersebut didapati menjejak lokasi penggunanya tanpa pengetahuan.

Ia bukan sesuatu yang baru malah penyiasatan yang dilakukan telah berlarutan untuk beberapa tahun dan Alphabet sendiri dilihat mengaku bersalah.

Sebagai rekod, Google dilaporkan telah merekod segala data lokasi pengguna tanpa pengetahuan sejak 2014 dan penyiasatan mulai dijalankan pada 2018 dalam menentukan sama ada syarikat melanggar hak privasi atau tidak.

Selain daripada pembayaran denda, mahkamah turut mengarahkan Google untuk lebih telus atau terbuka dengan pengguna mengenai amalan penjejaknya termasuk lokasi dalam laman sesawang.

Jelas Peguam Tom Miller bahawa Google bukan sahaja perlu membayar denda malah diarahkan lebih terbuka dengan amalan penjejaknya bagi mengelak pelanggaran hak privasi pengguna.

Susulan itu, jurucakap Google mengeluarkan kenyataan balas dengan mengatakan syarikat menambah baik amalan penjejaknya memandangkan terdapat perubahan polisi dijalankan sejak beberapa tahun lalu.

Dalam pada itu, negeri Arizona turut mengenakan denda sebanyak $85 juta terhadap Google pada Oktober 2022 atas pertuduhan sama.

Malah Texas, Indiana, Washington dan Columbia turut mengenal pasti kesalahan amalan Google tersebut dan menyaman mereka pada Januari.

Setakat penulisan ini saham Alphabet didagangkan susut 0.74% pada $95.70.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat