Google Kembali Mesra Terhadap Pasaran Kripto?

564

Sebelum ini, syarikat gergasi multinasional Google telah mengambil pendekatan yang kurang mesra terhadap kripto dengan mengenakan larangan pengiklanan yang berkenaan aset kripto di laman sesawang mereka. Antara alasan yang diberikan Google ialah kerana kekhuatiran adanya unsur manipulasi dan penipuan.

Larangan tersebut adalah terkait aset kripto dan hal-hal berkaitan seperti ICO, pertukaran kripto, dompet kripto dan lain-lain lagi. Langkah itu telah mempengaruhi beberapa syarikat besar untuk melakukan hal yang serupa, antaranya adalah TikTok dan Facebook.

Walaubagaimanapun, terkini Google mengambil pendekatan yang lebih mesra dimana di bawah dasar baru yang berkuat kuasa pada 4 Ogos, perkhidmatan pertukaran kripto dan dompet aset kripto dibenarkan untuk mengiklankan perkhidmatan mereka.

Harus dimaklumi bahawa tidak semua pengiklankan akan dibenarkan, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Antaranya, pengiklan mesti didaftarkan dengan Jaringan Penguatkuasaan Jenayah Kewangan (FinCEN). Tidak sekadar itu pengiklan juga mesti mematuhi semua syarat undang-undang yang berkaitan dan garis panduan Google Ads.

Dalam masa yang sama, sekatan masih dikenakan untuk syarikat kripto yang berkaitan ICO, protokol perdagangan DeFi atau promosi pembelian, penjualan atau perdagangan kripto.

Segelintir dalam kalangan komuniti kripto berpendapat bahawa ini adalah suatu perkembangan yang sihat, dimana ia secara tidak langsung turut mempromosikan kripto dengan lebih meluas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat