‘Green Day’ Lagi Buat Bursa Malaysia Bagi Penutup Dagangan Minggu Ini

144

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.34 mata pada 1,591.22 daripada penutupan Khamis pada 1,590.88.

Indeks dibuka kukuh 2.8 mata pada 1,593.68.

Ia dibuka sedikit tinggi disebalik pasaran yang bertukar tidak menentu ekoran keputusan kenaikan kadar yang agresif oleh Federal Reserve (Fed) dan kenaikan harga minyak.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 174 berbanding 124, manakala 190 kaunter pula tidak berubah, 2,321 tidak didagangkan dan 45 digantung.

Jumlah perolehan pada 98.32 juta unit bernilai RM10.2 juta.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata indeks dijangka berada pada paras 1,580 ke 1,600 ekoran ketidaktentuan pasaran.

Tambahnya, aktiviti profit-taking menyebabkan penurunan harga minyak sawit mentah pada RM6,500 setan sementara penanda aras minyak mentah Brent ditutup pada US$106 setong kerana kebimbangan terhadap masalah bekalan.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd tambah 3 sen pada RM9.01, Petronas Chemicals Group Bhd maju 3 sen pada RM9.45, IHH Healthcare Bhd naik 13 sen pada RM6.52 dan Tenaga Nasional Bhd capai 3 sen pada RM9.11 sementara Public Bank Bhd jatuh 2 sen pada RM4.61 dan CIMB Group Holdings Bhd hilang 7 sen pada RM5.41.

Saham aktif memperlihatkan Dagang NeXchange Bhd tambah 0.5 sen pada 99.5 sen, Hibiscus Petroleum Bhd naik 4 sen pada RM1.14 dan Bumi Armada Bhd untung 1 sen pada 42.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas mengukuh 5.88 mata pada 11,280.56, indeks FBM Emas Shariah melonjak 24.91 mata pada 11,843.28, FBM 70 mengurang 1.1 mata pada 13,356.99, indeks FBMT 100 menaik 1.64 mata pada 10,992.27 dan FBM ACE mencapai 14.06 mata pada 5,377.88.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan melonjak 0.87 mata pada 203.85 dan indeks Perladangan memulih 25.14 mata pada 7,852.56 sementara indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 31.1 mata pada 16,764.48.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat