Greenback dinilai Lebih Rendah Dalam Sesi Eropah

32

US Dollar merosot berbanding matawang utama yang lain pada Rabu apabila pelabur masih mengambil pendekatan berhati-hati menjelang sidang kemuncak pertemuan Donald Trump dan Presiden Xi Jinping minggu ini.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang utama dinilai lebih rendah pada 100.36.

Antara topik hangat yang akan dibincangkan di dalam pertemuan dua gergasi ekonomi dunia itu termasuklah isu perdagangan dan keselamatan AS-China, disamping program senjata Korea Utara.

US Dollar juga kekal berada di dalam tekanan berikutan kerbimbangan pasaran sama ada dasar ekonomi Trump mampu merangsang ekonomi AS disamping memberi peluang kepada Fed untuk mengetatkan dasar dengan lebih agresif.

Fed akan mengeluarkan minit mesyuarat Mac pada awal pagi Khamis (2.00 pagi).

Selain itu, pasaran juga memberi tumpuan kepada data NFP yang akan dikeluarkan pada Jumaat nanti.

US Dollar merosot lebih rendah berbanding Yen dengan USD/JPY menjunam sebanyak 0.14 peratus pada 110.59, tidak jauh dari paras terendah yang dicatat pada Selasa.

Sementara itu, Dollar Australia didagang lebih tinggi dengan AUD/USD meningkat sebanyak 0.2 peratus kepada 0.7579. Reserve Bank of Australia meletakkan kadar pada tahap tidak berubah semalam disamping menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan harga hartanah dan kelemahan pasaran buruh.

Ekonomi Zon Euro Bakal Berdepan Masalah Lebih Besar!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat