Greenback Kembali Mengeluarkan Taring!

67

US Dollar meningkat lebih tinggi berbanding matawang utama yang lain pada Jumaat selepas merosot kepada paras terendah dalam tempoh seminggu. Pasaran nampak semakin yakin dengan komen terkini daripada Pengerusi Fed, Janet Yellen dan beberapa laporan ekonomi AS yang dicatat menguat baru-baru ini.

EUR/USD didagang sedikit berubah kepada 1.0669, tidak jauh dari puncak tertinggi pada Khamis.

Semalam Jabatan Buruh AS melaporkan bahawa data tuntutan pengangguran awal meningkat sebanyak 5,000 kepada 239,000 minggu lalu berbanding jangkaan peningkatan sebanyak 11,000.

Permit bangunan juga melonjak sebanyak 4.6 peratus kepada 1.285 juta unit bulan lepas.

US Dollar telah mencapai keuntungan besar-besaran sebaik sahaja Yellen memberi kenyataan bahawa bank pusat perlu menaikkan kadar pada mesyuarat yang akan datang sekiranya ekonomi berada pada landasan yang betul.

Dalam sesi ini, GBP/USD kekal stabil pada 1.2487 manakala USD/JPY meningkat sebanyak 0.14 peratus.

Kiwi pula menjunam dengan lebih rendah sebanyak 0.31 peratus selepas Jabatan Statistik New Zealand melaporkan data jualan runcit meningkat sedikit, sekali gus gagal menepati ramalan pasaran.

Proses Penceraian Rasmi Britain dan Kesatuan Eropah Tidak Mungkin Selesai dalam Tempoh 2 Tahun! – Jean-Calude Juncker

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat