Proses Penceraian Rasmi Britain dan Kesatuan Eropah Tidak Mungkin Selesai dalam Tempoh 2 Tahun! – Jean-Calude Juncker

60

Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker berkata pada Khamis bahawa beliau percaya Britain boleh mengambil masa lebih daripada 2 tahun untuk meninggalkan Kesatuan Eropah.

Katanya di luar Persidangan Antarabangsa Keselamatan Munich, persiapan selama 24 bulan tidak mencukupi untuk Britain benar-benar bersedia meninggalkan EU.

Perdana Menteri Britain, Theresa May sebelum ini mengatakan bahawa beliau akan mencetuskan Article 50 pada bulan Mac nanti. Beliau akan memulakan rundingan penceraian rasmi Britain dari Kesatuan Eropah yang dijangka akan memakan masa sehingga 2 tahun.

Jucker tidak bersetuju dengan jangkaan ini kerana sekurang-kurangnya 20,000 undang-undang perlu ditukar oleh Britain sebelum meninggalkan blok. Beliau turut menambah bahawa Britain tidak boleh memeterai perdagangan dua hala ketika masih berada di bawah naungan EU.

Junker juga sempat memberitahu umum bahawa tawaran perdagangan ialah bidang kuasa EU.

Pengukuhan Komoditi Berharga Ini Tidak Kekal Lama!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat