Pengukuhan Komoditi Berharga Ini Tidak Kekal Lama!

48

Dalam sesi Asia hari ini, copper kembali mendapat momentum stabil manakala emas menyusut gara-gara jangkaan terhadap kenaikan kadar oleh Fed seawal bulan depan.

Emas bagi penghantaran April di Comex menyusut sebanyak 0.17 peratus kepada $1,239.55 satu troy ounce, manakala silver menyusut sebanyak 0.12 peratus.

Niaga copper kembali melonjak dalam sesi ini sebanyak 0.33 peratus apabila semua kerja-kerja perlombongan telah dihentikan di lombong copper gergasi di Freeport-McMoran, Indonesia. Dalam masa yang sama, pelabur juga sedang meneliti perbincangan semula di antara pekerja dan pengurusan lombong Chile yang telah menghasilkan lebih daripada 1 juta tan copper yang meliputi 5 peratus dari keseluruhan tembaga dunia pada tahun 2016.

Semalam, harga emas menambah keuntungan tanpa mempedulikan jangkaan Fed untuk menaikkan kadar pada bulan depan disamping beberapa yang agak kukuh dari AS.

Antara data penting yang dikeluarkan di AS semalam termasuklah data tuntutan pengangguran yang direkod mengalami peningkatan sebanyak 5,000 orang. Selain itu, data permit bangunan melonjak sebanyak 4.6 peratus pada Januari manakala data perumahan jatuh sebanyak 2.6 peratus kepada 1.246 juta unit bulan lepas.

Logam ini agak sensitif kepada pergerakan kadar di AS kerana ia akan merubah kos untuk memiliki logam tersebut.

Kesediaan OPEC Untuk Melanjutkan Pembekuan Bekalan Menyokong Harga Minyak Mentah!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat