Haa! Kan EUR/USD Dah Melonjak Lagi 100 Pips Semalam

164

Pergerakan harga di penghujung minggu ini kekal tidak menentu menyaksikan US dolar pada sesi New York semalam kembali didagangkan lemah semula.

Situasi ini bagaimanapun tidak mengejutkan pelabur yang telah menjangkakan ketidaktentuan pasaran di penghujung bulan Mac bagi mengakhiri suku pertama tahun 2023 ini.

Penyusutan US dolar semalam dilihat memberi reaksi terhadap perubahan pada angka bacaan terakhir bagi pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang sedikit menurun berbanding jangkaan untuk kekal.

Mata wang Euro dilihat memanfaatkan peluang untuk meningkat berbanding US dolar selepas pelabur disajikan dahulu dengan terbitan data inflasi Jerman di sesi Eropah.

Untuk bacaan Mac, inflasi bulanan kekal di paras 0.8%, lebih baik berbanding jangkaan untuk susut kepada 0.7%. Sementara inflasi tahunan Jerman pula turun kepada 7.4% berbanding 8.7% bulan sebelumnya, iaitu paras terendah sejak Ogos 2022.

Carta harga pasangan mata wang EUR/USD kembali memaparkan corak kenaikan semula pada Khamis semalam menyaksikan harga mencapai paras 1.09250.

Ini menunjukkan harga yang telah membuat kenaikan kembali menguji zon ketinggian harga yang dicapai pada minggu lalu.

Corak bullish harga dijangka akan dikekalkan sementara harga masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.

Jika kenaikan diteruskan, harga bakal catatkan ketinggian terbaru 8 minggu dengan sasaran untuk menguji rintangan berikutnya pada 1.10000.

Namun, perlu diingatkan bahawa dagangan di penghujung minggu lebih berisiko dan harga boleh berubah arah membuat penurunan semula.

Gagal mengatasi ketinggian minggu lalu berkemungkinan akan mendorong harga menyusut semula dan menutup dagangan hari terakhir bulan Mac ini lebih rendah berbanding semalam.

Paras sokongan terhampir harga berada pada 1.08000 dan jika isyarat perubahan trend lebih jelas, harga bakal memulakan penurunan menuju paras-paras tumpuan sebelum ini pada 1.07000 dan 1.06000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat