Habis FOMC, Tiba-tiba EUR/USD Junam Sampai 180 Pips!

214

Setelah pergerakan pasaran yang hambar selepas berakhirnya mesyuarat FOMC, pelabur dikejutkan dengan amukan semula US dolar di sesi New York semalam dengan pengukuhan drastik harga di carta-carta utama.

Ini disebabkan oleh terbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) untuk suku kedua yang tinggi mengatasi jangkaan.

Bacaan awal yang diterbitkan itu diramal sedikit menguncup kepada 1.8% daripada pertumbuhan 2.0% untuk suku pertama sebelumnya. Namun angka diterbitkan meningkat kepada 2.4%.

Ini dilihat menyokong pandangan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang mengatakan bahawa langkah kenaikan kadar faedah masih menjadi pilihan untuk diteruskan lagi pada baki mesyuarat tahun ini.

Sementara mata wang Euro pula kecundang walaupun mesyuarat bank pusat Eropah (ECB) tepati ramalan untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 4.25%.

Presiden ECB Christine Lagarde dilihat bertarik tali seperti Jerome Powell, tapi dengan tidak menyatakan pilihan tindakan untuk dasar monetari selanjutnya.

Justeru, pasaran perlu bergantung kepada data-data terbaru yang akan diterbitkan nanti untuk mendapatkan gambaran hala tuju dasar ECB.

Carta harga pasangan mata wang EUR/USD menyaksikan terjunan harian hingga 180 pips yang mengubah corak kenaikan sebelumnya.

Harga pada mulanya mencapai paras ketinggian sekitar 1.11500 sebelum menjunam di bawah paras 1.10000.

Harga berlegar perlahan di sekitar zon tersebut pada penutup sesi New York dan kekal mendatar bersambung pada awal sesi Asia.

Penurunan lebih rendah jika diteruskan dilihat akan menguji pula zon 1.09000 sebelum melanjutkan penurunan ke sekitar 1.08000.

Namun jika harga berjaya melonjak semula di penutup penghujung minggu ini, kenaikan di atas paras 1.10000 akan cuba mencapai semula ketinggian dicapai harga semalam.

Seterusnya, masih lagi paras 1.12000 dinanti untuk diuji sebagai rintangan terhampir buat harga.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat