Habislah! Sampai Sektor Kewangan Iran Jadi Mangsa Trump

383

Amerika Syarikat dilaporkan sedang bersedia untuk mengenakan sekatan baru ke atas sektor kewangan Iran secepatnya pada hari Khamis.

Langkah itu secara efektif akan menjadikan Iran terasing dari sistem kewangan global dengan membuatkannya lebih bergantung kepada perdagangan tidak rasmi atau haram.

Tindakan ini akan memburukkan lagi ekonomi Tehran yang mana sebelum ini ia telah dijejaskan oleh sekatan Amerika Syarikat dengan mengekang penjualan minyak dan kebanyakan perdagangan lain.

Pentadbiran Trump dikatakan telah mempertimbangkan mengenai langkah tersebut sejak beberapa minggu. Di bawah langkah-langkah itu, pentadbiran akan menyenaraihitamkan 14 bank di Iran yang sebelum ini terlepas daripada beberapa sekatan AS.

Selain itu, ia juga akan membolehkan pihak berkuasa untuk menjatuhkan hukuman terhadap entiti yang berkaitan dengan keganasan, pembangunan peluru berpandu balistik dan pelanggaran hak asasi manusia.

Langkah-langkah itu bertujuan untuk menghalang salah satu daripada beberapa sektor kewangan yang masih ada yang membolehkan kerajaan Iran memperoleh pendapatan, dan menghapuskan janji Joe Biden untuk memasuki semula perjanjian nuklear 2015 jika beliau menang pilihan raya presiden pada 3 November.

Di bawah rancnagan itu juga, pentadbiran akan menetapkan sektor kewangan Iran di bawah Perintah Eksekutif 13902, yang ditandatangani oleh Presiden Donald Trump pada Januar untuk mengatasi industri perlombongan, pembinaan dan industri lain.

Pelan ini tidak hanya akan menjejaskan bank, tetapi juga proses kiriman wang, pertukaran matawang dan sistem pemindahan tidak rasmi, hawala.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat