Habislah UK! EU Nampaknya Tidak Main-main

740

Ancaman Kesatuan Eropah (EU) untuk menyekat eksport vaksin AstraZeneca ke Britain, boleh menyebabkan penangguhan sehingga dua bulan dalam program vaksinasi Covid-19 di negara itu.

Pada hari Ahad, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen memberitahu sekiranya gagal menerima penghantaran seperti dijanjikan, EU akan menyekat eksport vaksin ke UK.

Von der Leyen mengatakan syarikat itu hanya memberikan 30% daripada dos yang dijanjikan pada suku pertama 2021.

Beliau juga meluahkan bahawa walaupun kontrak AstraZeneca menetapkan EU akan menerima vaksin dari kilang-kilang di EU dan Britain, tetapi ia tidak menerima apa-apa dari UK, dan sebaliknya blok itu yang memberikan vaksin kepada mereka.

Von der Leyen merujuk kepada data yang menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 41 juta dos vaksin telah dieksport dari EU ke 33 negara, walaupun mengalami kekurangan bekalan di blok itu sendiri. Beliau turut menyebut bahawa 9 juta dos telah dihantar ke UK dan satu juta lagi ke Amerika Syarikat.

Susulan itu, para pemimpin negara anggota EU dijangka akan mengadakan perbincangan secara maya pada hari Khamis untuk membincangkan mengenai larangan eksport vaksin AstraZeneca ke UK.

EU kini berada di bawah tekanan besar susulan perlambatan dalam program vaksinasinya, selain turut berdepan dengan risiko peningkatan semula kes coronavirus sehingga memaksanya melaksanakan langkah sekatan baru.

Bukan itu sahaja, malah, keyakinan penduduk di beberapa negara Eropah terhadap vaksin AstraZeneca juga menurun disebabkan isu terbaru yang timbul mengenai kesan sampingan yang dialami penerima.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat