“Tak tahu pula Sun ni suka tolong orang, ke ada motif lain?’
Pengasas Tron Justin Sun bertindak pantas membeli lima juta mata wang kripto Curve (CRV) bernilai $2 juta daripada address berlabel “Curve fi Founder” bagi membantu Curve Finance yang menghadapi masalah sejurus selepas dieksploit.
Sun yang membeli CRV dalam Tether (USDT) telah berkata usahanya bersama pengasas Curve Finance Michael Egorov adalah bertujuan untuk memperkenalkan pool stUSDT pada bursa decentralized bagi kuatkan faedah pengguna dan menyokong platform.
Umum mengetahui pembelian CRV oleh Sun itu telah berlaku semasa pelabur bimbang tentang kecairan pinjaman Egorov $100 juta yang dapat cetuskan masalah dalam ekosistem DeFi, tetapi kegelisahan makin meningkat apabila Curve Finance dieksploit seterusnya bawa kerugian $47 juta.
Rentetan itu, beberapa pool Curve Finance yang menggunakan Vyper iaitu programming kontrak pintar untuk Mesin Maya Ethereum (EVM) telah terjejas dalam serangan kemasukan semula pada 30 Julai 2023.
Menurut firma penyelidikan kripto Delphi Digital, pinjaman tersebut telah disokong oleh 47% daripada semua CRV dalam edaran yang berjumlah 427.5 juta.
Tambahnya lagi, Egrov meminjam 63.2 juta USDT pada Aave dan mencagarkan CRV bernilai $395 juta sebagai cagaran kemudian beliau membekalkan 59 juta CRV lagi berbanding 15.8 juta FRAX pada Frax Finance.
Walaupun hutang Frax jauh lebih rendah daripada kedudukan Aave, Delphi Digital menyatakan bahawa hutang tersebut lebih berisiko susulan kadar faedah mampu berubah bila-bila masa dan pelbagai perkara boleh terjadi.
Pada awal hari ini, Egrov telah menggunakan pool Curve baharu untuk pasaran CRV/FRAX FraxLend dengan 100,000 ganjaran CRV bagi mengurangkan risiko hutangnya yang semakin meningkat di luar kawalan.