Hala Tuju Emas Jadi Tanda Tanya

2,177

Ketidakpastian dalam pasaran susulan kemungkinan lebih banyak sekatan terhadap Rusia telah memberi sokongan buat dagangan emas untuk mencatatkan sedikit keuntungan.

Kemarahan dunia meningkat pada Isnin susulan penemuan kubur besar dan mayat orang awam yang diikat ditembak dari jarak dekat telah ditemui di sebuah bandar yang diambil semula daripada tentera Rusia, iaitu Bucha.

Pembunuhan besar-besaran terhadap orang awam di utara Ukraine itu telah mencetuskan pelbagai desakan untuk tindakan sekatan yang lebih keras ke atas Rusia.

Dengan lebih banyak sekatan dikenakan ke atas Rusia, ekonominya akan terus tertekan dan ini mendorong permintaan terhadap logam berharga emas sebagai safe-haven.

Bagaimanapun, pada masa yang sama pergerakan emas juga terbatas berikutan kewaspadaan pelabur menjelang penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC yang dijangka akan menyaksikan petunjuk lebih agresif Federal Reserve (Fed) untuk pengetatan lebih agresif.

Pada sesi Asia, spot emas didagangkan berlegar pada sekitar harga $1,930 per auns dengan dagangan yang terhad susulan pengukuhan US dolar dan hasil perbendaharaan AS yang lebih tinggi.

Sementara itu, perhatian pelabur akan ditumpukan kepada pengeluaran data perkhidmatan ISM Amerika Syarikat dan ucapan daripada penggubal dasar Fed, Lael Brainard pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat