Halatuju Kadar Faedah Jadi Tanda Tanya – Fed Mester Tampil Beri Pandangan!

488

Presiden Bank Rizab Persekutuan Cleveland, Loretta Mester pada hari Jumaat tampil untuk berkongsikan pandangan mengenai hala tuju kadar faedah. Beliau secara peribadi berpendapat bahawa the Fed harus mula mengurangkan sokongannya terhadap ekonomi pada bulan November dan boleh menaikkan kadar faedah pada tahun hadapan.

The Fed menekankan akan terus melakukan pembelian sebanyak $120 bilion aset setiap bulan sehingga ekonomi telah membuat kemajuan yang lebih ketara seperti pekerjaan maksimum dan inflasi 2%.

Mester dalam ucapan yang disiapkan untuk dihantar ke Ohio Bankers League menyatakan bahawa ‘pada pandangan saya, ekonomi telah memenuhi syarat-syarat tersebut dan saya menyokong the Fed melakukan pembelian kembali pada bulan November dan menyimpulkannya pada separuh pertama tahun hadapan”.

Ekonomi juga ‘sebahagian besar’ telah memenuhi syarat-syarat untuk menaikkan kadar faedah juga walaupun terdapat risiko kerana ekonomi masih jauh dari tenaga kerja penuh. Justeru beliau berharap syarat untuk menaikkan kadar faedah akan dipenuhi pada akhir tahun hadapan.

Indeks US dolar didagangkan pada paras dagangan 93.368 kukuh sekitar 0.36% berikutan berita mengenai Evergrande masih memberi kesan dan belum terjawab.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat