Halatuju The Fed Semakin Jelas Dengan Data Inflasi Bulan September Ini!

1,143

Harga pengguna A.S sekali lagi menunjukkan peningkatan pada bulan September lebih banyak daripada yang dijangkakan. Hal ini secara tidak langsung kadar inflasi meneruskan pertumbuhan yang lebih pantas dan menambahkan tekanan dalam ekonomi.

Indeks harga pengguna meningkat 0.4% pada bulan September berbanding bulan Ogos berdasarkan data yang dikeluarkan Jabatan Tenaga Kerja yang dikeluarkan pada hari Rabu. Jika dibandingkan dengan tahun lalu, IHP meningkat 5.4 iaitu menyamai kenaikan tahunan terbesar sejak 2008. Tanpa mengira komponen makanan dan tenaga yang tidak menentu,inflasi teras meningkat 0.2% dari bulan sebelumnya.

Cabaran seperti kekurangan bahan, penghantaran perkapalan, harga komoditi yang tinggi dan kenaikan upah telah mendorong kenaikan kos bagi pengeluar. Perkara ini menjadi menjadi faktor penyumbang kepada kenaikan harga dan akhirnya menyebabkan pertumbuhan inflasi berterusan.

Peningkatan kenaikan harga yang dilihat bulan lalu mencerminkan kos makanan dan tempat tinggal yang lebih tinggi.

Laporan itu kemungkinan akan memperkuatkan kecenderungan the Fed untuk segera mulai mengurangi pembelian asetnya, terutama ketika cabaran rantaian bekalan yang mengganggu perniagaan menunjukkan tanda-tanda penurunan.

Tumpuan pasaran kini tertumpu pada mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis bagi mendapatkan indikasi yang lebih lanjut terhadap langkah the Fed seterusnya. Indeks US dolar yang mengukur matawang US berbanding enam matawang utama didagangkan susut 0.12% kepada paras dagangan 94.407 selepas laporan ini dikeluarkan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat