IoTeX telah membina platform tidak berpusat, bertujuan untuk memperkasakan ekonomi terbuka untuk mesin.
Ekosistem terbuka dimana orang dan mesin boleh berinteraksi dengan kepercayaan yang dijamin, bebas dan dibawah insentif ekonomi yang dirancang dengan betul.
Bermula pada tahun 2017 oleh Raullen Chai, Qevan Guo, Xinxin Fan, dan Jing Sun.
IoTeX telah membina blockchain EVM yang serasi dari awal menggunakan konsensus Roll-DPoS yang inovatif.
Semalam, Coinbase Pro telah menyenaraikan IoTeX untuk didagangkan dalam platform tersebut.
It's official — $IOTX is listed on @CoinbasePro! 🎉
As the first Blockchain + IoT project on Coinbase, IoTeX will reach millions of new users. More game-changing ecosystem announcements are coming soon. Get ready for hyper-growth!
➡️ Full details: https://t.co/Co7Rmd0FST $IOTX https://t.co/YgZ4QXIPL6
— IoTeX (@iotex_io) August 10, 2021
Penyenaraian tersebut telah mempengaruhi nilai harga IoTex, meroket lebih 90% mencatatkan paras tertinggi terbaru $0.055 mengakhiri sesi dagangan semalam.
Seterusnya, melihat pada carta pergerakan harga semasa IOTX/USDT.
IOTX telah membuahkan hasil keuntungan lebih 300% lonjakan dalam tempoh 3 hari berturut-turut bermula 9 Ogos sehingga sesi dagangan hari ini.
Pandangan sudut teknikal, IOTX dilihat sedang mempamerkan pergerakan turun naik harga yang agresif dan telah menembusi paras tertinggi sepanjang masa (ATH) sebelum ini di paras sekitar $0.088.
Penganalisa kripto menjangkakan, sekiranya IOTX kekal dengan momentum tersebut, ia bakal terus menerus membuat ATH terbaharu dengan lonjakan yang lebih agresif.
Namun, sekiranya IOTX kembali dengan trend bearish, pergerakan harga bakal menguji kembali zon resistance sekitar $0.093 samada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras yang terendah.
Sewaktu penulisan, IOTX didagangkan pada harga sekitar $0.094 dengan jumlah dagangan lebih $1.3 bilion dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-93 dalam pasaran.
Lihat gambar carta matawang kripto IOTX/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda..