Hanya Menunggu Masa, Stablecoin Bakal Dikenakan Undang-Undang!

1,934

Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) tidak teragak-agak mengklasifikasikan stablecoins sebagai aset yang berisiko tinggi.

Menyedari sifat stablecoins yang terikat dengan matawang negara dan kebanyakannya bersandarkan kepada dolar AS, ia menjadi tanda tanya pihak penyelia berkaitan aset ini sebagai perantara kewangan konvensional dan kripto setiap kali cuba mengusulkan perundangan.

Pihak penyelia AS yakin kehadiran sejumlah peraturan yang baharu dapat memberi keyakinan kepada pelabur untuk menggunakan kripto, selain menganggap aset ini mengundang risiko terhadap kestabilan kewangan kerana kepesatan pertumbuhannya.

Buat masa sekarang, beberapa pihak penyelia termasuk Financial Stability Oversight Council sedang memantau bagaimana transaksi stablecoin diproses dan pada masa yang sama mengumpul pandangan sama ada aset ini tergolong sebagai ancaman ekonomi atau tidak.

Laporan itu kemudian akan disemak oleh President’s Working Group on Financial Markets yang merangkumi beberapa organisasi kewangan dan sekuriti, serta individu seperti Setiausaha Perbendaharaan, Janet Yellen, Pengerusi Federal Reserve (The Fed), Jerome Powell, dan Pengerusi Securities and Exchange Commissioner (SEC), Gary Gensler.

Sebagai rekod, ketiga-tiga individu terseut pernah bersuara lantang berkaitan perundangan ketat terhadap stablecoin.

New York Times mendedahkan berikut adalah pilihan yang penyelia berpotensi untuk kenakan ke atas stablecoin:

  • Aset yang mengundang risiko kepada sistem di bawah Akta Dodd Frank.
  • Aset ‘sekuriti’ seperti yang didakwa oleh Gensler sebelum ini. Jika ya, ia bakal berada di bawah pematauan SEC.
  • Menganggap stablecoin sebagai dana bersama pasaran wang yang mana terikat dengan undang-undang sedia ada.
  • Kawal selia stablecoins sama seperti bank. Ini akan menyebabkan stablecoins berada di bawah pantauan Pejabat Pengawal Mata Wang (OCC).
  • Hasilkan matawang digital bank pusat (CBDC) sebagai pesaing.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat