“Ramai yang akan setuju dengan kenyataan ini, masa depan mungkin akan perlukan kripto.”
Selain negara tertentu digesa untuk melaksanakan peraturan mata wang kripto, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyatakan bahawa mengharamkan aset digital bukanlah pendekatan terbaik.
Didedahkan oleh IMF semasa mengeluarkan laporan mengenai Amerika Latin dan Caribbean, kerajaan tempatan telah mengambil pelbagai pendekatan dalam menangani penggunaan kripto atau Mata Wang Digital Bank Pusat (CBDC).
Bagaimanapun, Bitcoin (BTC) telah diterima pakai sebagai tender sah di El Salvador sejak September 2021 manakala Bahamas pula adalah negara pertama yang melancarkan CBDC sendiri digelar Sand Dollar pada Oktober 2020.
Sementara IMF turut berkata bahawa Brazil, Argentina, Columbia dan Ecuador yang sedang berada dalam proses melaksanakan peraturan kripto telah disenaraikan antara negara tertinggi di dunia untuk penggunaan aset digital.
Kebanyakan bank pusat di rantau tersebut telah mempertimbangkan untuk menerima pakai kripto sebagai sebahagian daripada usahanya bagi membantu mereka yang tidak mempunyai perbankan, hantar pembayaran lebih cepat serta murah dan sebagainya.
Sekiranya direka dengan baik, IMF menegaskan CBDC boleh mengukuhkan kebolehgunaan, daya tahan, kecekapan sistem pembayaran dan meningkatkan rangkuman kewangan di Amerika Latin dan Caribbean.
Walaupun beberapa negara mengharamkan sepenuhnya aset digital memandangkan risiko yang akan dihadapi, pendekatan tersebut berkemungkinan tidak berkesan dalam jangka panjang.
Pada 19 Jun 2023, pengarah jabatan monetari dan pasaran modal bernama Tobias Adrian yang mencadangkan sistem pembayaran menggunakan satu ledger untuk merekodkan urus niaga CBDC telah menerima kritikan keras daripada banyak pihak.