Harapan Baru Buat Komoditi Hitam Selepas Tergelincir Semalam!

30

Harga minyak mentah terus meningkat semula di Asia pada hari Khamis setelah data dari China mengukuhkan semula permintaan.

Minyak mentah di New York Merchantile Exchange meningkat 0.45% kepada $44.90 setong. Brent mentah juga menunjukkan peningkatan sebanyak 0.17%.

Di China, data pembuatan PMI meningkat bagi bulan Ogos berbanding bulan sebelumnya. Sementara itu, data pembuatan PMI separa rasmi dan data pembuatan Caixin PMI menunjukkan kemerosotan.

Pada Rabu, harga minyak menjunam kerana saham minyak mentah AS meningkat melebihi jangkaan. Pada akhir minggu lalu, Jabatan Tenaga AS melaporkan keuntungan sebanyak 2.276 juta tong selepas menujukkan kenaikan 2.501 juta minggu sebelumnya.

Disamping itu, stok simpanan petrol jatuh 691,000 tong selepas mencatat penambahan 36,000 pada minggu sebelum ini.

 

Mungkin Ada Trader Yang Terduduk Selepas Mengetahui Data Dari Australia dan Jepun Ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat