Harapan Perjanjian Brexit Dapat Dijayakan Jadi Tanda Tanya – Ini Ulasan Para Perunding!

152

Perunding Kesatuan Eropah Brexit, Michel Barnier pada hari Isnin tampil memberi ulasan mengenai perjanjian perdagangan Brexit dengan mengatakan bahawa perjanjian perdagangan masih ada kebrangkalian untuk dijayakan sebelum 31 Disember dan rundingan dalam beberapa hari ini adalah sangat penting.

Salah seorang diplomat EU kanan yang menghadiri taklimat tertutup di Brussels turut hadir beri ulasan dengan mengatakan bahawa rundingan tersebut masih dapat dijalankan dengan lancar. Walaubagaimanapun, semua itu tergantung kepada sejauh mana para perunding dapat merapatkan jurang perbezaan yang masih wujud.

Kini tinggal dalam kurang lebih 2 minggu menjelang tarikh akhir pengunduran UK dari Kesatuan Eropah secara penuh dan kedua-dua belah pihak sepatutunya telah mencapai satu keputusan untuk dibawakan ke dalam parlimen untuk diperdebatkan.

Sehingga hari Ahad lepas belum ada khabar mengenai hal tersebut namun terdapat laporan bahawa kedua-dua belah pihak sedang berusaha lebih giat untuk memecahkan kebuntuan akses ke perairan perikanan UK bagi kapal tunda EU dan peraturan yang adil.

Pada tahun 2016 yang lalu, warga Britain telah memilih untuk meninggalkan agar Britain meninggalkan blok perdagangan EU. Walaupun jurang semakin sempit setelah perbincangan selama tujuh bulan, namun masih belum jelas adakah Britain dan EU akan dapat mencapai kesepakatan, di tambah masa berbaki kurang dari tiga minggu.

Matawang pound sterling untuk meningkat lebih tinggi  iaitu pengukuhan sebanyak 1.46% ke paras harga 1.3415 berbanding USD yang didorong oleh optimisme pemain pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat