Harapan Tak Kesampaian, Ringgit Kembali Menjunam!

2,596

Pagi ini, Ringgit Malaysia (RM) dibuka rendah berbanding dolar AS selepas kenaikan pada awal minggu ini. Kejatuhan berlaku selepas minit mesyuarat terbaru Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dihadam pasaran yang menunjukkan bank pusat Amerika Syarikat (AS) akan terus berhati-hati terhadap penetapan dasar monetari.

Dolar AS paparkan pemulihan untuk hari kedua selain turut disokong oleh penerbitan beberapa data ekonomi AS yang catat angka bacaan yang memuaskan.

Mata wang tempatan naik ke paras 4.6800 berbanding semalam yang ditutup pada paras 4.6735. Paras terendah yang pernah dicapai oleh ringgit pada minggu ini adalah 4.6446 berbanding dolar AS.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd Afzanizam berkata bahawa beliau percaya kadar faedah AS akan menghampiri paras tertingginya.

Beberapa hari ini, kita dapat melihat mata wang ringgit alami kenaikan dengan ketara berikutan kadar inflasi yang perlahan dan kelembapan pasaran buruh di Amerika Syarikat.

Jelasnya lagi, perbincangan mengenai kemungkinan peralihan pendirian monetari AS pada 2024 akan meningkat dan terdapat beberapa bank pelaburan membuat spekulasi akan berlaku pengurangan kadar faedah yang mendadak pada tahun depan.

Pasaran juga tidak pasti tentang kadar potongan kadar faedah AS pada masa akan datang. Jadi, akan terjadinya pengambilan untung yang berlaku pada hari ini dan mengakibatkan penyusutan nilai mata wang tempatan.

Semalam, ringgit didagangkan rendah berbanding mata wang utama lain.

Merosot berbanding euro kepada 5.0946 dan pound Britain kepada 5.8550. Namun, ia kukuh berbanding yen Jepun iaitu kepada 3.1338.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat