Harga Bitcoin Tiba-tiba Terciduk, Kenapa Ya?

483

Harga Bitcoin (BTC) didakwa mencatatkan penurunan sebanyak 3% secara tia-tiba dalam tempoh beberapa jam pada hari ini kepada $ 13,566 setelah merekodkan peningkatan di atas $ 14,000. Secara kebetulan, dolar AS, emas dan saham juga dilaporkan mengalami kejatuhan.

Menurut penganalisis, pilihan raya presiden AS menjadi pendorong ke arah kejatuhan tersebut.

Ketika media sedang hangat melaporkan jumlah undian, harga Bitcoin dan saham didakwa meningkat. Namun, setelah pengiraan undian akhir pada hari tersebut, semua aset risk-on dan risk off dikhabarkan berada di zon merah, termasuk niaga hadapan S&P 500.

Berdasarkan sebuah penyataan yang dikeluarkan, ianya adalah disebabkan oleh kenyataan Presiden Donald Trump.

Penurunan Bitcoin baru-baru ini perlu diperhatikan memandangkan ia turun serentak dengan dolar. Lazimnya, ketika dolar jatuh, Bitcoin dan emas cenderung untuk mencatatkan peningkatan.

Selain itu, Ki-Young Ju, Ketua Pegawai Eksekutif CryptoQuant, telah memberi amaran kepada para pedagang pada hari ini tentang ketidaktentuan yang disebabkan oleh liquidations. Sekiranya terdapat sejumlah besar kontrak di pasaran, ia boleh menyebabkan pergerakan harga yang besar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat