US dolar masih mengekalkan pengukuhannya pada dagangan di sesi Asia pagi ini (Khamis) setelah berjaya pulih semula dari penyusutan ketika reaksi mesyuarat FOMC awal pagi sebelumnya itu.
Pada jam 2 pagi tadi, keputusan mesyuarat FOMC untuk edisi September 2024 menjadi tumpuan utama pasaran sebagai acara yang paling ditunggu-tunggu pada tahun ini.
Federal Reserve (Fed) menurunkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas ke paras 5.00%, penurunan pertama kali dilakukan sejak tahun 2020.
US dolar melemah sebaik sahaja keputusan diumumkan, namun pulih semula menuju penghujung sesi New York selepas tamat persidangan bersama Pengerusi Fed Jerome Powell.
Bersambung ke sesi Asia pagi ini, US dolar masih mengekalkan pengukuhannya untuk kembali bergerak pulih berbanding Yen.
Sebelum ini, US dolar ‘tewas’ dengan Yen dengan kejatuhan berterusan sehingga ke paras terendah sejak Julai tahun lalu.
Situasi tersebut dapat diperhatikan pada pergerakan harga di carta pasangan mata wang USD/JPY dengan kenaikan di sesi Asia sebentar tadi berjaya menghampiri sekitar 144.00, namun sedikit berundur menyambung ke pembukaan sesi Eropah.
Pada awal minggu, harga mencecah zon 140.00 yang menandakan paras terendah lebih 1 tahun sebelum mula papar kenaikan menjelang mesyuarat FOMC.
Pergerakan harga berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY akan terus memberi isyarat pergerakan bullish buat harga.
Sekiranya kenaikan harga berjaya diteruskan, mengatasi paras 144.00 akan menjangkakan kenaikan lebih tinggi menuju sasaran 146.00-147.00.
Sebaliknya jika kejatuhan berlaku, zon 140.00 kekal dilihat akan menjadi sasaran untuk diuji sebagai zon support buat harga ketika ini.
Jika tembus zon itu, harga akan terus catatkan paras terendah terbaru lagi dengan sasaran beralih ke sekitar 137.00.
Pelabur akan berwaspada bagi pergerakan Yen menjelang mesyuarat polisi Bank of Japan (BOJ) pada Jumaat.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG