Harga Dipotong Lagi, Tesla Kini 40% Lebih Murah Di China Berbanding AS

430
  • Tesla potong harga untuk kali kedua di China
  • Penghantaran kereta pada Disember mengecewakan
  • Tesla hadapi tekanan daripada pelabur

Tesla terpaksa menurunkan harga kereta di China buat kali kedua dalam tempoh tiga bulan dalam usaha untuk meningkatkan jualan susulan penghantaran yang mengecewakan pada Disember.

Harga permulaan untuk kenderaan SUV Model Y diturunkan kepada $37,875 (RM 166,744) daripada $42,118 (RM185,424), menurut laman web China syarikat itu.

Ini adalah rekod terendah untuk China dan 43% lebih murah daripada harga permulaan $65,900 (RM290,124) yang disenaraikan di laman web Tesla Amerika Syarikat.

Sementara itu, harga untuk Model 3 menurun kepada $33,385 (RM146,977) daripada $38,764 (RM170,658) , kira-kira 30% lebih murah dari di Washington.

Pengurangan harga itu berlaku selepas penghantaran Disember untuk kereta buatan China Tesla mencecah paras terendah lima bulan.

Ini bukan pertama kali Tesla mengambil langkah sedemikian, di mana pada Oktober 2022 ia telah mengurangkan harga Model 3 dan Model Y sebanyak 9% di China.

Hal ini kerana, syarikat pembuat kereta elektrik itu terus mengalami tekanan yang meningkat daripada pelabur di tengah-tengah pengeluaran yang berkurangan dan kelemahan permintaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat