Emas junam jauh dari paras selesanya di bawah $2,700 pada hari Rabu selepas pilihan raya Presiden AS yang dimenangi oleh bekas Presiden, Donald Trump yang menyokong hasil bon dolar Amerika Syarikat dan Perbendaharaan AS.
Pada jam 9.10 pagi, harga emas berada pada paras $2,657.10 iaitu turun 0.07% sejak ia dibuka pada awal dagangan Asia di hari Khamis.
Sentimen pasaran kini kembali reda selepas keputusan pilihan raya tersebut. Parti Republikan, Donald Trump berjaya meraih majoriti kerusi di Dewan Negara dan mentadbir Dewan Rakyat.
Pasaran juga memberikan sokongan ke atas ekuiti AS ke paras tertinggi dan USD melonjak ke puncak empat bulan dan lonjakan hasil Perbendaharaan AS.
Buat masa ini, para pelabur akan melihat lebih jauh berkenaan prospek ekonomi AS berikutan dasar Trump yang mencadangkan tarif tinggi, defisit fiskal yang meluas dan kenaikan cukai.
Walau bagaimanapun, cadangan ekonomi beliau bertentangan dengan usaha Fed menentang inflasi. Bank pusat AS akan terpaksa menggunakan pendekatan secara beransur-ansur apabila melonggarkan dasar monetarinya nanti.
Sementara itu, harga emas kehilangan lebih 2.50% pada hari kemenangan Donald Trump dan ia merupakan kejatuhan tertinggi harian yang pernah berlaku sepanjang dagangan emas pada 2024.
Pasaran akan menantikan jadual ekonomi AS seterusnya berkenaan keputusan dasar monetari Fed di mana bank pusat dijangka akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 4.50% hingga 4.75%.