Harga Emas Jatuh Dalam Pasaran Asia Hari Jumaat

83

Harga emas terus jatuh dalam pasaran Asia pada hari Jumaat berikutan kejatuhan permintaan emas fizikal di India semasa cuti hari raya dan risiko politik yang semakin pudar.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX jatuh 0.31% kepada $1,286.01 per auns.

Para pelabur juga memberi tumpuan pada pilihanraya Jepun yang dijangkakan akan berlangsung pada 22 Oktober. Perdana Menteri Shinzo Abe diramalkan akan mengekalkan pemeritahan beliau.

Pada awal pagi hari ini, harga emas meningkat sebelum jatuh pada sesi Asia berikutan ketidakpastian politik di Sepanyol dan penyusutan matawang wang dolar.

Harga emas naik sebentar selepas 3 hari berturut-turut menunjukkan kejatuhan berikutan Perdana Menteri Sepanyol menyatakan bahawa Sepanyol akan mencabut autonomi pemerintahan Catalonia dan mengambil alih pemerintahaan apabila pemimpin Catalan Carles Puidgemont gagal menarik kembali pengisytiharan kemerdekaan.

Selain itu, turut meningkatkan harga emas ialah kejatuhan hasil bon U.S. Namun setelah laporan data ekonomi yang dikeluarkan positif, hasil bon mula kembali meningkat dalam pasaran Asia pada hari ini.

Laporan data pembuatan menunjukkan pertumbuhan positif, apabila indeks pembuatan meningkat dari 23.8 pada bulan September kepada 27.9 pada bulan Oktober.

Jabatan Buruh US melaporkan pengurangan jumlah tuntutan faedah/insurans pengagguran (Jobless claims) kepada 222,000 bagi minggu berakhir pada 13 Oktober berbanding minggu sebelum itu yang mencatatkan jumlah 244,000.

Sentimen ke atas emas masih negatif berikutan persepsi pemain pasaran yang berpendapat harga emas akan tertekan disebabkan terdapat tanda-tandan bahawa ekonomi U.S kukuh dan jangkaan kenaikan kadar faedah pada hujung tahun ini.

Emas sensitif dengan pergerakan dolar. Dolar yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang tinggi. Manakala peningkatan kadar faedah U.S, meningkatkan kos lepas memegang emas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat