Harga Emas Jatuh Pada Penutupan Pasaran Asia Hari Isnin

58

Harga emas jatuh pada hari ini dalam pasaran Asia rentetan matawang dollar U.S semakin menguat dan matawang Euro yang sedikit melemah berikutan isu pungutan suara (referundum) rakyat berkenaan kemerdekaan Catalonia di Spain. Selain itu, pasaran pada awal minggu ini akan naik turun dengan beberapa laporan data ekonomi dunia dikeluarkan seperti Tankan Manufacturing Index oleh bank pusat Jepun, data pembuatan di Eropah dan U.S akan dikeluarkan dan parasan China yang akan ditutup sepanjang minggu ini.

Kaji selidik suku tahunan Tankan BoJ menunjukkan indeks sentimen pengeluar terbesar meningkat 22 pada bulan September, angka tertinggi sejak September 2007. Bacaan tersebut lebih tinggi daripada +17 yang dapat dilihat pada laporan kaji selidik bagi bulan Jun yang lalu, merekodkan perkembangan empat suku tahun berturut-turut.

Pada minggu ini, pasaran akan memberi tumpuan kepada komentar Janet Yellen,pengerusi Fed berkenaan jangkaan waktu kenaikan kadar faedah dan laporan pekerjaan U.S.

Pasaran juga menanti ucapan yang akan diberikan oleh Mario Draghi, presiden Bank Pusat Eropah pada hari Rabu ini.

Pada minggu lepas, harga emas tetap ditutup rendah walaupun data pebelanjaan pengguna U.S dan inflasi U.S yang lemah, telah mengurangkan sedikit jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah oleh Fed pada tahun ini.

Kejatuhan harga pada hari Jumaat lepas telah menyebabkan harga logam jatuh sebanyak 0.98% pada minggu lepas. Harga emas jatuh sebanyak 2.83% pada bulan September lantas merupakan kejatuhan terbesar sepanjang tahun ini seiring dengan peningkatan dollar U.S.

Namun, logam tembaga mencatat peningkatan 0.68% iaitu kepada $2.969 per pound disebabkan bank pusat China (PBOC) memotong RRR (reserve requirement ratio) pada hari Sabtu lalu berikutan jangkaan kejatuhan dalam permintaan logam sepanjang cuti satu minggu di China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat