Harga Emas Kekal Tinggi, Bacaan PCE Dan PMI Sektor Pembuatan Malam Ini Menjadi Tumpuan

62

Harga emas masih kekal di atas paras tujuh minggu tertinggi pada pasaran Eropah hari ini. Para pelabur di lihat akan lebih meneliti data-data ekonomi US minggu ini bagi mengukur kekuatan ekonomi di samping kesan-kesannya terhadap pandangan Federal Reserve pada polisi monetari akan datang.

Jam 8.30 malam ini, Amerika akan mengeluarkan laporan berkenaan pendapatan peribadi dan perbelanjaan bagi bulan Jun, termasuk data inflasi teras perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE). Data PCE adalah antara data pilihan Federal Reserve untuk mengukur inflasi negara.

Pada jam 10 malam pula, ISM akan mengeluarkan laporan tinjuan terhadap sektor pembuatan (PMI) bagi bulan Julai. Data perbelanjaan pembinaan dan penjualan kereta turut termasuk di dalam agenda. Data-data ekonomi di atas penting sebagai petunjuk kepada keadaan semasa ekonomi di US.

Harga pasaran emas bagi bulan Ogos meningkat 0.15% kepada $1,268.50 per ounce setakat pukul 4.30 petang.

Pasaran emas menaik 2.2% bulan Julai lepas, peningkatan paling baik sejak February lepas berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah bank pusat US semakin pudar dan di tambah pula dengan keadaan geopolitik US yang tidak stabil setakat ini.

Kekuatan matawang US berkait rapat dengan pergerakan emas. Hal ini kerana, jika USD melemah, emas akan menjadi alternatif kepada para pelabur luar berikutan nilai harga emas lebih murah kepada pemilik matawang lain.

Harga perak pula meningkat 0.15% kepada $16.812 per ounce, dan platinum menaik sebanyak 0.58% kepada $946.10

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat