Harga Emas Kembali Jatuh Dalam Sesi Pasaran Asia

35

Harga emas menurun dalam pasaran Asia pada hari Jumaat berikutan tumpuan pasaran pada laporan nonfarm payrolls (NFP).

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX menyusut sedikit sebanyak 0.01% kepada $1,277.95 per auns setakat jam 10.50 pagi.

Semalaman harga emas tidak banyak berubah didorong oleh penyusutan matawang U.S Dolar dan tumpuan pelabur pada pengumuman calon pengerusi The Fed akan datang oleh Presiden Donald Trump.

Harga emas menyusut sedikit berikutan tumpuan pasaran pada data pasaran buruh. Pasaran menjangkakan laporan positif bagi NFP.

Jabatan Buruh US melaporkan pada hari Khamis bahawa jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran (Jobless claims) pada minggu lepas kurang daripada jangkaan. Bacaan tersebut menghampiri bacaan terendah dalam tempoh 4 dekad yang lalu.

Jumlah individu yang membuat tuntutan faedah/insurans pengangguran pada minggu lepas bagi minggu berakhir pada 27 Oktober berkurangan sebanyak 5,000 kepada 229,000.

Penganalisis menjangkakan jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran akan meningkat sebanyak 235,000.

Selepas data itu dikeluarkan, Trump mengumumkan Jerome Powell sebagai pengerusi The Fed akan datang. Beliau akan mengganti Janet Yellen pada Februari nanti dan terdapat indikasi bahawa Powell akan meneruskan pelan tindakan polisi monetari Yellen.

Emas sensitif dengan pergerakan dolar dan kadar faedah. Peningkatan kadar faedah U.S, meningkatkan kos lepas memegang emas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat