Harga Emas Melonjak Lebih Tinggi Menjelang Minit Mesyuarat FOMC Khamis Ini!

39

Harga emas meningkat lebih tinggi dalam sesi Asia pada Rabu menjelang laporan terkini Fed mengenai prospek kadar faedah seterusnya terutamanya jika pertumbuhan kekal lemah.

Emas bagi penghantaran Jun di Comex New York Merchantile Exchange meningkatkan sebanyak 0.05 peratus kepada $1,257.64 satu troy ounce. bagaimanapun, copper futures menjunam sebanyak 0.91 peratus kepada $2,616 sepound.

Semalam, harga emas mengurangkan kerugian pada Selasa kerana mendapat manfaat daripada kelemahan US Dollar.

Logam ini juga bangkit daripada paras terendah dalam tempoh tiga minggu kerana ketidakpastian mengenai laporan Fed yang akan dikeluarkan pada Rabu.

Data ekonomi dari sektor pembuatan dan perbelanjaan pembinaan yang dikeluarkan sebelum ini gagal untuk menyokong kenaikan kadar yang lebih cepat apabila dicatat menjunam pada bulan April.

Ramalan pakar ekonomi Fed juga mengekalkan kadar penanda arasnya tidak berubah bagi mesyuarat kali ini.

Menurut Fed Rate Monitor Tool, kebanyakan pelabur meletakkan jangkaan sebanyak 62.4 peratus terhadap potensi kenaikan kadar pada bulan Jun.

Menteri Kewangan Jerman Ini Menyuarakan Kebimbangan Terhadap Dasar Pelonggaran Monetari

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat