Dagangan emas meneruskan lagi penurunannya pada sesi pembukaan sebentar tadi berbanding semalam. Ia bergerak kukuh tidak ketara pagi ini disebabkan oleh mata wang dolar AS yang terkulai sedikit dan memberi dorongan kepada harga emas untuk naik.
Semasa, harga emas didagangkan sekitar $2,026 dengan kenaikan sebanyak 0.15% berbanding ia ditutup semalam.
Sementara itu, Indeks Dolar AS (DXY) alami penurunan sedikit ke sekitar paras 102.35 mata. Hasil Perbendaharaan AS untuk 10 tahun pula kukuh pada paras 4.03% daripada semalam.
Presiden Federal Reserve (Fed) New York, John Williams berkata semalam bahawa masih terlalu awal untuk bank pusat dalam menentukan jangkaan pemotongan kadar faedah kerana mereka masih menghadapi cabaran untuk membawa inflasi ke paras sasarannya 2%.
Katanya lagi, Fed perlu mengekalkan dasar yang ketat buat masa terdekat untuk mencapai matlamatnya sepenuhnya. Keputusan dasar monetari akan dibuat pada setiap mesyuarat dengan mengambil kira data yang masuk, kenaikan prospek dan keseimbangan risiko.
Pada Disember lepas, Fed mengekalkan kadar faedahnya dan mengunjurkan pemotongan kadar faedah tiga suku peratusan mata menjelang akhir 2024. Laporan mesyuarat yang dikeluarkan minggu lepas tidak menunjukkan sebarang perbincangan mengenai masa yang sesuai untuk melakukan pemotongan tersebut.
Walau bagaimanapun, para trader akan memberi fokus yang tinggi pada laporan Inflasi AS pada jam 9.30 malam ini sebagai petunjuk baharu. Pakar ekonomi menganggarkan kadar inflasi jika meningkat pada bulan Disember akan menimbulkan keraguan buat Fed dalam mengurangkan kadar faedah tahun ini.
Indeks Harga Pengguna (CPI) yang akan dikeluarkan pada hari ini dijangka akan berlakunya peningkatan sebanyak 0.2% bulanan dan CPI Teras juga akan meningkat 0.3% pada bulan Disember.
Para pelabur juga perlu memerhatikan laporan Tuntutan Faedah Pengangguran mingguan pada malam ini. Selain itu, pasaran emas juga akan turut terkesan dengan data yang akan dikeluarkan esok iaitu data CPI China dan Indeks Harga Pengeluar (PPI).