Harga Emas Nak Melambung Semula Ke?

1,169

Emas didagangkan dengan peningkatan kecil pada sesi dagangan hari ini, setelah logam berharga itu susut dari tahap ketinggian sepanjang masa di paras harga $1980 per auns pada Selasa.

Memasuki sesi Eropah, spot emas diniagakan meningkat di sekitar paras harga $1959 per auns (3.15 petang waktu Malaysia)  , sementara niaga hadapan pula menokok pada $1957 per auns.

Peningkatan kecil ini mencerminkan kewaspadaan pelabur ketika tumpuan terus disasarkan kepada mesyuarat polisi FOMC yang dijangka akan mengekalkan pendekatan dasar monetari semasa mereka.

Pada Selasa, Federal Reserve (Fed) telah mengumumkan bahawa pihaknya akan melanjutkan program pinjaman yang disasarkan ke atas individu, kerajaan dan sektor perniagaan sehingga akhir tahun 2020.

Pada mulanya, program pinjaman yang merangkumi pelbagai kemudahan itu sepatutnya berakhir pada 30 September, namun ia kini akan dilanjutkan sehingga 31 Disember.

Selain itu, turut menyokong dagangan logam kuning adalah kemerosotan yang dialami oleh USD dengan indeks dolar didagangkan sekitar harga 93.58 berbanding sekumpulan matawang utama.

Sementara itu, perbincangan mengenai pakej rangsangan AS masih lagi tidak mencapai kata putus, dengan Republikan dan Demokrat menunjukkan perbezaan pendapat terhadap perlaksanaan bantuan ekonomi itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat