Harga Emas Stabil Menjelang Minit Mesyuarat FOMC Malam Ini

47

Harga emas stabil pada hari Rabu berikutan tumpuan pedagang pada minit mesyuarat Fed yang dijangka akan melaporkan pendirian hawkish oleh kebanyakkan ahli Fed berkenaan peningkatan kadar faedah pada bulan Disember dan juga tahun hadapan.

Pada mesyuarat bulan lalu, Fed telah memberi isyarat bahawa akan ada lagi sekali kenaikan kadar faedah pada tahun ini.

Walaubagaimanapun, pasaran hadapan emas di Comex NYMEX sedikit jatuh 0.10% kepada $1,292.47 per auns pada jam 9.50 malam

Hari Selasa, emas mengekalkan peningkatan dua hari berturut-turut, didorong oleh kelemahan dolar dan ketegangan geopolitik yang berterusan antara US dan Korea Utara.

Ketegangan politik di Sepanyol semakin reda apabila Presiden Catalan Carles Puigdemont membuat kenyataan bahawa beliau akan menangguhkan perlaksanaan itu untuk beberapa minggu lagi bagi membuka laluan kepada dialog dengan kerajaan Sepanyol selepas menandatangi dokumen berkenaan pengisytiharan kemerdekaan bagi Catalonia pada hari Selasa.

Kerajaan Sepanyol dijangka akan bermesyuarat pada awal pagi Khamis dan memberi reaksi terhadap gerakan kemerdekaan Catalonia.

Selain itu, kenaikan harga emas juga didorong oleh penyusutan sedikit matawang US dolar selepas pertikaman lidah antara Trump dan Bob Corker berkenaan reformasi kod cukai.

Emas sensitif dengan perubahan greenback. US dolar yang lemah menyebabkan emas lebih mudah untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang rendah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat