Harga Makanan Terlalu Mahal, Jualan Runcit UK Susut Ketara!

1,357

Penjualan runcit UK merosot dengan ketara pada bulan Mei susulan kenaikan harga makanan dan krisis kos sara hidup negara menjejaskan perbelanjaan pengguna.

Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) melaporkan pada Jumaat, jualan runcit jatuh 0.5% pada bulan lalu daripada peningkatan 1.4 % yang dicatatkan pada April.

Bagaimanapun, angka yang dicatatkan sedikit lebih baik daripada jangkaan pasaran untuk penguncupan sebanyak 0.6%.

Penyumbang utama kepada kejatuhan ini adalah disebabkan oleh kemerosotan dalam jualan makanan kerana kenaikan harga. Data awal minggu ini menunjukkan inflasi di UK mencecah 9.1 pada bulan Mei, tertinggi 40 tahun.

Timbalan pengarah ONS untuk tinjauan dan penunjuk ekonomi, Heather Bovill memberitahu kajian tersebut mendapati pelanggan berbelanja lebih sedikit di kedai makanan kerana kos sara hidup yang semakin meningkat.

Laporan berasingan daripada Gfk menunjukkan keyakinan pengguna di UK jatuh ke paras terendah bulan ini apabila harga yang melonjak, tekanan pada pendapatan dan gangguan daripada mogok telah menjejaskan sentimen negara.

Sementara itu, Konferedasi Industri British mengatakan peruncit juga menjangkakan situasi ini akan lebih buruk pada Julai kerana inflasi membataskan kesanggupan pengguna untuk berbelanja.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat