Harga Mendatar, EUR/USD ‘Tidur’ Sekejap Selepas Mengamuk

258

US dolar dilihat sedikit pulih pada dagangan Rabu semalam, tidak menyambung penyusutan lanjut selepas impak ketara susulan reaksi kepada data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang telah diterbitkan pada Selasa lalu.

Walaupun kembali pulih dari kejatuhan terbesar dalam tempoh 1 tahun itu, penganalisis kekal memberi amaran risiko raja mata wang itu bakal alami susut nilai yang berterusan lagi.

Ditambah pula data indeks harga pengeluar (PPI) AS yang diterbitkan semalam turut menunjukkan penguncupan terbesar sejak April 2020.

Bacaan yang selari dengan inflasi pengguna yang turut perlahan itu menguatkan lagi jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) memperlahankan pengetatan dasar mereka sebelum ini.

Memerhati pergerakan harga di carta pasangan mata wang EUR/USD, harga yang telah mencapai ketinggian 1.08870 selepas lonjakan data inflasi diterbitkan itu, tidak menyambung kenaikan ke paras lebih tinggi.

Sebaliknya harga mendatar sepanjang Rabu semalam sehingga dagangan bersambung ke sesi Asia pagi ini (Khamis) melihatkan harga berlegar di sekitar 1.08400.

Isyarat kekal bullish dengan pergerakan harga masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.

Penurunan harga yang berlaku dilihat akan menguji paras tersebut dan zon 1.08000 untuk pelabur memerhati isyarat bagi arah pergerakan harga selanjutnya.

Jika tembus lebih rendah ke bawah, penurunan harga bakal diteruskan mencecah semula sekitar 1.07000.

Namun, jika harga melonjak kembali menyambung corak sebelum ini, paras ketinggian terbaru akan dicatatkan lagi.

Sasaran terhampir untuk harga adalah mencapai paras 1.1000 setelah kali terakhir harga didagangkan di sekitar itu pada Ogos lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat