Harga Minyak Bakal Tembus Paras Tertinggi 3 Tahun?

666

Harga minyak terus mengekalkan momentum kenaikan dengan pergerakan harga minyak Brent kini menuju ke paras ketinggian tiga tahun, disokong oleh pengurangan penawaran di tengah sentimen pasaran yang semakin meningkat.

Niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan di paras tertinggi dua bulan pada $77.30 setong pada sesi Asia, manakala WTI Amerika Syarikat pula menokok ke tahap tertinggi satu bulan pada $73.30 setong.

Inventori minyak mentah AS jatuh ke tahap terendah hampir tiga tahun setelah dua taufan melanda di Teluk Mexico menyebabkan kerosakan ke atas fasiliti pengeluaran, menurut data yang dikeluarkan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) pada awal minggu.

Ini turut didorong oleh permintaan bahan bakar yang menguat, di mana kadar penggunaan kapasiti kilang di Pantai Timur AS dilaporkan meningkat sehingga 93%, tertinggi sejak Mei 2019.

Selain itu, beberapa negara anggota OPEC dan sekutunya, OPEC+ bergelut untuk meningkatkan pengeluaran setelah bertahun-tahun kekurangan pelaburan dan kelewatan kerja penyelenggaraan berikutan wabak coronavirus yang melanda.

Dalam pada itu, pengukuhan harga turut disokong oleh kenaikan harga gas asli yang dijangka susulan peningkatan permintaan untuk produk minyak dalam penjanaan tenaga pada musim sejuk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat