Harga Minyak Boleh Naik Semula Disebabkan Faktor Ini

415

Harapan bahawa Amerika Syarikat akan meluluskan pakej rangsangan bantuan ekonomi telah menyokong dagangan komoditi hitam daripada jatuh lebih rendah.

Dagangan minyak mentah bercampur-campur pada sesi Eropah, dengan WTI Amerika Syarikat masih mencatatkan penyusutan kepada $41.48 setong sementara Brent pula menokok sedikit pada $43.93 setong.

Walaupun masih terdapat ketidakpastian bahawa mereka akan mencapai kesepakatan namun kenyataan daripada Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi untuk berkompromi dalam perbincangan pakej rangsangan ini.

Pada Isnin, Republik Senat mengemukan pakej bantuan Covid-19 bernialai $1 trilion yang merangkumi pembayaran $1,200 kepada rakayat Amerika, insentif untuk pembuatan peralatan pelindung diri di AS.

Ia juga merangkumi $190 bilion pinjaman kepada perniagaan kecil dan $100 bilion pinjaman kepada perniagaan yang beroperasi secara bermusim atau di kawasan berpendapatan rendah.

Sementara itu, mesyuarat polisi FOMC yang dijadualkan berlangsung minggu ini turut mendapat perhatian daripada pedagang minyak mentah yang menjangkakan kenyataan dovish daripada Federal Reserve (Fed) memandangkan wabak Covid-19 terus menimbulkan keraguan terhadap kekuatan pemulihan ekonomi.

Dalam pada itu, pelabur juga turut menantikan laporan mengenai bekalan minyak mentah AS pada minggu lepas daripada Institut Petroleum Amerika (API), yang mana ia tanpa dijangka telah meningkat pada minggu sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat