Harga Minyak Global Meneruskan Kejatuhan, Sentimen Masih Negatif

41

Harga minyak mentah global masih belum mendapat sebarang sokongan dari faktor kelemahan US dolar disebabkan lebihan bekalan yang menolak harga komoditi ini ke paras terendah empat bulan lepas pada Rabu. Ditambah lagi dengan jangkaan data stok minyak malam ini yang melebihi jangkaan.

Komoditi hitam masih lagi dibawah tekanan dalam sesi dagangan New York pada Selasa dengan impak negatif datang dari kelemahan citarasa pelabur kepada komoditi ini.

Ahli OPEC telah mengatakan kemungkinan lanjutan dari pemotongan bekalan yang dibuat selepas Jun. Tetapi, terdapat keraguan sama ada ahli bukan OPEC mahu meneruskan perjanjian pemotongan. Hal ini terus menolak harga minyak WTI ke bawah paras $48 setong dnegan Brent di bawah $51 setong.

Sebelum ini data terbaru dari API merekodkan kenaikan stok sebanyak 4.5 juta tong pada minggu berakhir 17 Mac berbanding jangkaan yang hanya meningkat 2.5 juta.

Data terbaru dari EIA (Energy Information Administration) malam ini akan menjadi perhatian pedagang minyak di mana peningkatan melebihi 0.6 juta tong akan menolak inventori kepada rekod tertinggi. Peningkatan data malam ini juga akan mengurangkan keyakinan dalam pasaran minyak global.

Kejatuhan di bawah harga $50 setong akan mencetuskan keraguan yang mendadak, walaupun masih ada potensi peralihan harga ke atas semula. Pengurangan dalam data di bawah jangkaan pasaran juga berkemungkinan melonjakkan harga komoditi ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat