Harga Minyak Jatuh Selepas Laporan Bekalan EIA Dikeluarkan

51

Harga minyak jatuh dalam sesi dagangan U.S pada hari Rabu berikutan laporan Energy Information Administration (EIA) U.S melaporkan inventori minyak mentah domestik meningkat pertama kali dalam tempoh 5 minggu, namun inventori minyak gasoline dan penyulingan jatuh menjunam.

Pasaran hadapan minyak di New York Mercantile Exchange (NYMEX) bagi bulan November susut 0.57% kepada $52.17, manakala minyak Brent di London Intercontinental Exchange (ICE) jatuh 0.09% kepada $58.24 per tong setakat jam 11.35 malam.

Laporan mingguan oleh EIA menunjukkan inventori minyak mentah meningkat sebanyak 856,000 tong pada minggu yang berakhir pada 22 Oktober berbanding jangkaan pakar penganalisis yang menjangkakan kejatuhan sebanyak 2.6 juta tong.

Manakala laporan API semalam melaporkan bekalan minyak mentah US meningkat kepada 519,000 tong pada minggu lepas.

Jumlah inventori minyak mentah pada minggu lepas ialah 457.3 juta tong. Laporan juga menunjukkan inventori gasoline jatuh sebanyak 5.5 juta tong melebihi daripada jangkaan yang mensasarkan kejatuhan sebanyak 17,000 tong. Manakala inventori minyak penyulingan termasuk diesel juga jatuh iaitu sebanyak 5.2 juta tong.

Harga minyak pada hari Selasa meningkat berikutan kesunguhan Arab Saudi menstabilkan pasaran minyak dengan mengurangkan bekalan minyak dan ketegangan di Iraq yang menggangu  pengeluaran bekalan.

Organisasi Negera Pengeksport Petroleum (OPEC) bersama Rusia dan 9 pengeluar utama lain telah berjanji menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari (bdp) sejak Januari lalu dan bakal tamat pada Mac 2018. Mereka dijangka akan melanjutkan lagi tempoh perjanjian sehingga akhir tahun depan.

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat