Harga Minyak Kekal Stabil Pada Paras $60, Pengeluaran Minyak U.S Masih Naik Walaupun Bekalan Jatuh

47

Harga minyak kekal stabil pada hari Khamis berikutan bekalan minyak mentah U.S jatuh walaupun dengan peningkatan dalam pengeluaran. Namun, pengeluar minyak selain U.S iaitu OPEC meneruskan pengetatan pasaran minyak.

Pasaran hadapan Brent di ICE meningkat sebanyak 0.26% kepada $60.65 setong setakat jam 11.00 pagi. Paras ini menghampiri paras tertinggi 2 tahun lalu iaitu pada $61.41 setong. Harga minyak brent meningkat sebanyak 35% dari paras terendah Jun 2017.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) didagangkan sekitar $54.34 setong, meningkat sebanyak 0.07% setakat jam 11.00 pagi. Namun masih menghampiri paras tertinggi sejak Februari lalu, dan meningkat 30% dari paras terendah Jun 2017.

Pedagang berpendapat bahawa kestabilan harga dalam pasaran minyak didukung oleh kejatuhan bekalan minyak mentah U.S.

Berdasarkan laporan Energy Information Administration (EIA) pada hari Rabu, Bekalan minyak mentah U.S jatuh sebanyak 2.4 juta tong bagi minggu yang berakhir 27 Oktober kepada 459.9 juta tong.

Penganalisis berpendapat kejatuhan bekalan minyak mentah U.S adalah disebabkan badai Harvey yang menimpa negara tersebut.

Walaubagaimanapun pengeluaran minyak mentah U.S masih lagi meningkat iaitu peningkat sebanyak 46,000 tong setiap hari. Jumlah pengeluaran menjadi 9.6 juta tong, peningkatan ini sebanyak 13% sejak pertengahan tahun 2016.

Berdasarkan laporan EIA, 2.1 juta tong minyak mentah U.S dieksport pada minggu lepas.

Menurut pedagang, hal ini disebabkan minyak mentah WTI yang lebih murah berbanding Brent.

Di luar negara U.S, sentimen pasaran didorong oleh usaha OPEC bersama Rusia dan 9 pengeluar utama lain yang telah berjanji menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari (bdp) sejak Januari lalu dan bakal tamat pada Mac 2018. Mereka dijangka akan melanjutkan lagi tempoh perjanjian sehingga akhir tahun depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat