Komoditi hitam kembali stabil pada pembukaan dagangan awal minggu setelah mengalami kerugian terburuk pada minggu lalu disebabkan kekuatan US dolar dan kebimbangan terhadap Covid-19 akan merosakkan permintaan bahan bakar.
Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 1.7% kepada $65.90 setong, selepas menyentuh paras terendah sejak Mei pada $64.60 setong pada awal sesi sebelum ini.
Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat juga menokok 1.7% kepada $63.20 setong, setelah susut ke tahap terendah $61.74 setong sebelumnya.
Kedua-dua penanda aras itu telah mencatatkan kerugian mingguan terbesar mereka dalam tempoh lebih dari sembilan bulan pada minggu lalu, di mana dagangan minyak Brent merosot sekitar 8% dan WTI pula turun sekitar 9%.
Kenaikan harga minyak yang kuat pada separuh peratam athun ini, kembali dilanda badai berikutan kebangkitan semula penularan coronavirus di seluruh dunia yang telah melemahkan prospek terhadap eprmintaan bahan bakar global.
Menjadi tumpuan pasaran minyak seterusnya adalah pertemuan negara-negara pengeluar dan sekutunya OPEC+ pada 1 September yang diharapkan supaya mereka menilai semula janjinya untuk meningkatkan pengeluaran minyak berikutan kebangkitan coronavirus yang telah menyebabkan kembalinya beberapa langkah sekatan.